Wednesday, December 28, 2016

Rujukan
Dalam kajian saya ditemui dalam blog ini banyak merujukan bahan-bahan bacaan, risalah dan laman internet. Saya akan menulis senarai nama-nama bahan rujukan sepanjang saya membuat kajian saya ini. 
1.http://kampoengilmu.com/manfaat-buah/
2.http://panduanpercuma.info/kesihatan/673/21-herba-mempunyai-khasiat-kesihatan/
3.https://damayantiayu.wordpress.com/2010/12/14/mengenal-benua-dan-negara2-di-dunia/
4. Buku Teks Biologi Tingkatan 4

5 Buku Cerita Oh Senangnya Sains (Biologi)

6. Buku Cerita Oh Senangnya Sains (Bumi)

Tuesday, December 27, 2016

Kesimpulan
Kejadian tumbuh-tumbuhan yang dicipta oleh Allah amat berguna kepada makhluk di muka bumi. Khasiat tumbuhan yang menbantu manusia dan haiwan dapat melawan penyakit dan meningkatakan antibodi dan keilmuanan. Amanah menjaga tumbuhan ini mestilah dijaga dengan baik kerana ia amat berguna kepada semua.
 Dalam firman Allah dalam surat Al-A'RAF ayat 56-58
Yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berbuat kerusakan di muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadanya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. Dan dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahma Nya (hujan) hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu. Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran. Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami)bagi orang-orang yang bersyukur.”

Dalam firman Allah dalam surat Ar-Rum ayat 41-42
Yang bermaksud:  “Telah tampak kerusakan di darat dan dilaut disebabkan perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Katakanlah : Adakanlah perjalanandimuka bumi dan perlihatkanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah).” 

Allah mencipta manusia sebagai khalifah di muka bumi untuk menjaga alam sekitar supaya menikmati keindahan ciptaan Allah untuk menunjuk kebesaran-Nya. Oleh itu, setiap masyarakat seharusnaya menjaga tumbuh-tumbuhan daripada kepupusan dan kerosakan. Undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan perlulah menlakukan hukuman yang berat kepada pesalah yang merosakkan tumbuhan.
A
Ma

Monday, December 26, 2016

Khasiat Tumbuhan Herba
Tumbuhan herba sudah lama ditemui pada zaman dahulu dan dikaji oleh pakar biologi. Khasiat atau kebaikan tumbuhan herba menpunyai penawar bagi manusia dan haiwan. Setiap tumbuhan herba menpunyai kebezaan khasiat atas penyakit yang dihadapi, Saya akan senaraikan beberapa tumbuhan herba yang ditemui oleh pakar sains dan khasiat terhadap makhluk Allah 

1. Hempedu Bumi

Nama Sainstifik: Andrographis Paniculata

Nama Lain: Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India)

Jenis Keluarga: Acanthaceae
Kegunaan dan Khasiat:
Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.
Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum.
Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.
Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan.

2. Kunyit Hitam
Nama Saintifik: Curcuma Caesia
Nama Lain: Kunyit Hitam, Kali haldi(india)
Jenis Keluarga: zingiberaceae
Kegunaan dan Khasiat
Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkan
usia seseorang.
3.Pegaga
Nama Sainstifik: Centella asiatica
Nama Lain: Tapak Kuda(Indonesia),Indian Pennywort
Jenis Keluarga: Umbelliferae

Khasiat dan Kegunaan
Mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksik.
Di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal.
4.Misai Kucing
Nama Sainstifik: Orthosiphon Aristatus
Nama Lain: Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, Java Tea
Jenis Keluarga: Lamiaceae

5.Gandarusa
Nama Sainstifik: Justicia Gendarussa Linn
Nama Lain: Daun Rusa(Melayu), Gendarussa(English)
Jenis Keluarga: Acanthaceae
Kegunaan dan Khasiat:
Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan bisul. Cara penggunaannya , untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.
Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit
kepala, mata dan telinga.
Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.


Saturday, December 24, 2016

Sumber Makanan 
Dalam Proses Fotosintesis, setiap tumbuhan akan menghasilkan makanan (glukosa). setiap anggota tumbuhan menpunyai kebaikan seperti akar, daun dan batang yang khasiat yang sendiri. Dalam feadah akar iaitu akar merupakan bahagian pada tumbuhan yang tumbuh di dalam tanah. Air dan mineral yang dibantu oleh tumbuhan diserap oleh akar(Xilem) untuk mengangkut air keseluruh anggota tumbuhan. Dalam sistem batang, banyak dimanfaatkan khasiat selain mensalurkan dari akar kepada daun. Tumbuhan seperti tebu dan pokok sagu yang banyak digunakan dalam sumber mentah utama dalam pembuatan makanan. Manakala sistem daun, khasiat daun iaitu vitamin E dan K yang Menbantu mengelakkan kemandulan dan agen baiki sel manusia. 

selain itu, khasiat buah-buahan amat penting kepada manusia dan haiwan untuk menbekalkan tenaga dab mengelakkan penyakit. Buah-buahan merupakan makanan alami yang memiliki kandungan vitamin, gizi dan meniral yang sangat baik untuk dikonsumsi tiap hari. Mengkonsumsi buah dapat mengoptimalkan kesihatan kita dalam jangka yang panjamg juga menjaga dan meningkatkan tenaga. Dengan jadual makanan juaga mengaruhi terhadap pola makanan. Banyak diantara kita lebih memilih makan siap setiap hari dan makanan pengawat berbanding makanan segar dan sihat untuk tubuh badan. Makanan cepat saji mengandung kalori tinggi, selain itu nutrisi yang terkandung didalamnya juga tidak banyak. Berbeda dengan makanan alami yang segar seperti buah, buah mengandung banyak manfaat untuk tubuh kita.


Friday, December 23, 2016

Penghargaan
Saya Muhamad Hafiz Bin Adenan (12DEE16F1033) ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Politeknik Kuala Terengganu yang menbernakan saya menjalankan e-folio. Saya mengucapakan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Wati Binti Mohammad yang memberikan tugasan yang diberikan. Tajuk tugasan saya iaitu kejadian tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan manusia dan haiwanserta penawar bagi penyakit. secara umumnya, Allah telah mencipta alam ini dengan sungguh sempurna. Sebagai khalifah Allah perlulah menjaga alam sekitar daripada tangan-tangan pihak yang tidak bertanggujawab. Ilmu di muka bumi menpunyai berjuta-juta rahsia yang sembunyi yang masih belum dikemukan oleh orang bijak pandai. Oleh tu, ahli bijak pandai selalu mengkaji setiap pertemuan supaya menjadi berguna kepada masyarakat. Dari sudut sejarah, ahli islam yang pintar banyak pertemuan dari sudut bidang sejarah, sains, politik, tamadun dan lain-lain.

pendahuluan
secara umum, Allah mencipta tumbuhan kepada manusia dan haiwan untuk membekalkan mineral dan tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Istimewa tumbuhan yang diberikan oleh Allah ialah proses fotosintesis yang membekalkan oksigen kepada makhluk Allah. Manusia dan haiwan bergantung pada tumbuhan bukan sahaja untuk mendapatkan makanan.  Ahli sains banyak menjalankan perbuktian proses fotosintesis seperti Jean Baptiste, Joseph Pristley dan lain-lain. Ahli sains telah membuat kebukitkan bahawa tumbuhan merupakan sumber oksigan yang utama kepada makhluk Allah. Keperluan Gas Oksigen kepada mahkluk Allah yang memerlukan untuk proses tranpirasi dalam kitar karbon. Dalam bahagia daun, Allah telah mencipta stoma untuk melakukan proses fotosintesis dan tranpirasi untuk menyimbangi oskigen dan karbon dioksida di muka bumi.. Bahagian xilem dan fleom dalam bahagian batang pokok untuk proses pembekalan air ke seluruh pokok dan mengharta glukosa ke dahan-dahan pokok.

Thursday, December 22, 2016


Tajuk:
Kejadian Tumbuh-Tumbuhan Sebagai Sumber Makanan Manusia Dan Haiwan Serta Penawar Bagi Penyakit Manusia

Nama:
MUHAMAD HAFIZ BIN ADENAN (12DEE16F1033)

Kelas:
DEE2A

Khusus:
DUA2012: Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Islam

Nama Pensyarah:
Puan Wati Binti Mohammad